UNITEANZ RESOURCES
INTEGRITI GAYA SULTAN SALAHUDDIN AL-AYUBBI

002299818-U

Penceramah/Trainer Uniteanz Resources (UR)
Latar Belakang Pendidikan
*Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) (UNITEN)
*MRSM Kuala Berang, Terengganu
*SMK Pengkalan Chepa 2, Kelantan
*SK Pengkalan Chepa, Kelantan
Pengalaman
Beliau merupakan bekas Majlis Pemimpin Pelajar (MPP) UNITEN dan memegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian. Bekerja sebagai pegawai audit di syarikat swasta terletak di Kelana Jaya, Selangor. Mempunyai pengalaman dalam bidang motivasi selama 6 tahun bermula pada tahun 2009 bersama dengan Institut Integriti Malaysia (IIM). Banyak program yang telah dikendalikan belia bersama dengan IIM seperti:
*CSR Rebung 2009 sehingga 2010; program ini memfokuskan pemimpin pelajar MRSM SeMalaysia dan diubah nama kepada Integriti Champion Challenge pada 2011 sehingga kini.
*Jom Ke Sekolah Menengah 2009 sehingga 2010; melatih fasilitator muda dalam membentuk jati diri mereka dan fasilitator muda ini akan melatih anak-anak orang asli seluruh Malaysia yang dikumpulkan dalam program ini untuk meneruskan pembelajaran mereka keperingkat tertinggi.
*Integriti Leadership Camp 2010 sehingga 2012; melatih pemimpin pelajar di sekolah-sekolah terpilih seperti MRSM Kuala Lipis, MRSM Kuala Berang dan MRSM Pasir Tumboh.
*Ceramah dan Team Building; memberikan ceramah kepimpinan dan motivasi serta mengendalikan program teambuilding kepada lebih 60 buah sekolah SMK dan MRSM dan universiti seluruh Malaysia.
Pencapaian sepanjang kerjaya dalam bidang motivasi
*Dijemput oleh TVKU Jawa Tengah, Indonesia sebagai tetamu dalam membincangkan isu integriti di antara dua buah negara ini secara langsung.
*Dijemput oleh BERNAMA RADIO sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-57 bersama Bekas Pejuang Negara VAT69 yang pernah menentang komunis.
*Dijemput beberapa kali sebagai Pengacara Majlis dalam program anjuran Kementerian Kesihatan Negeri Pahang.
Modul
*Pengasas kepada modul `Kepimpinan Integriti Sultan Salahuddin Al-Ayubbi`
*Pengasas kepada modul `Integriti Dunia, Integriti Akhirat`
*Pengasas kepada modul `Kuasa Minda Positif`
*Pengasas kepada modul `Rahsia Hebat Pengucapan Unggul`